Sunday, February 7, 2010

Tahun Yang Ke-6...



Hari ni ulang tahun perkahwinan kami yang ke-6...
semoga perhubungan ini kekal bahagia sehingga akhir hayat kami
Insyallah... aminn

Wednesday, January 6, 2010

Yasmin...My Love




Saya ingat nak kongsi cerita Yasmin 1st day @school tapi takder idea lagi... nantila bila idea datang saya akan kongsi di sini...

Sunday, November 22, 2009

Why Do You Love Me?


I love you because you are unique...

Your presence is a present to the world...

I loved you from the day we met... and love you more each day...


Photobucket


There is no doubt how much I love you... this I know for sure

"I love you most of all because you're you..."

Wednesday, October 21, 2009

LOVE ME FOR...ME





Can you ever love me for me?
For the me that I am true and true
Can you love me with my imperfections?
Can you see me as I am and not as what you want me to be?

Can you ever love me for me?
For the me that makes mistakes and speaks without thinking
Can you love me even when I am unreasonable?
Can you see me as I am and not for the Angel you seek?

Can you ever love me for me?
For the me that cries when a stranger child is hurt
Can you love me when I am sad without me having a reason to be?
Can you see me as I am not as what I once was?

Can you ever love me for me?

Friday, October 9, 2009

Hari ini kehidupanku bermula...


"Waktu semakin pantas berlalu, kehidupan yang kulalui selama ini banyak mengajarku erti pengorbanan, keikhlasan, perhubungan setulus hati...Tanggungjawabku semakin besar bukan hanya kepada diri sendiri tapi kepada insan lain, malah kepada kehidupan yang akan datang...
  
Hari ini kehidupan ku bermula... bermula untuk menjadi yang lebih baik"...

Sweet love sing me a verse
time slows to a sluggish pace
I am yours forever
We are one beneath the atmosphere
never shall we part. Arms like clouds hold me proudly
Don't ever let go

I don't want to be anything
that doesn't put me by your side
I am but mere muscle without the soul we share

I am you
An extension of your being
You are beautiful, my dearest heart
Life is but a word, without you near me

Thursday, September 17, 2009

Yeay yeay!!! nak raya dah


Salam semua....

Sempena nak menyambut lebaran ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Diharap lebaran ini membawa seribu kebahagiaan kepada semua ye. Kepada yang pulang beraya ke kampung halaman, berhati-hati semasa memandu. Yang naik public transport hati-hati dengan tukang seluk saku ok (rasanya xde kot yang naik bas).

Seperti biasa raya ni saya tak perlu berebut dengan suami untuk balik kampung saper dulu sebab kami masing2 dari kampung taman yang sama. Tapi maybe balik kot kampung nenek suami di Pahang itupun dekat jer kat Karak. Rasa macam nak balik kelate Kelantan jer baru happening jalan jauh-jauh.. hmmm tengokla dulu... Cuti raya ni saya dapat cuti seminggu start Jumaat ni... nasib baik x payah nak rebut-rebut dgn staff lain...

Untuk raya ni persiapan saya biasa jer... mcm dulu-dulu gak semua siap untuk anak-anak jer... kasut, baju untuk anak sume dah siap tapi kasut untuk mama blum beli lagi... ingat nk pegi shopping sabtu ni sempat tak? tapi yang pening tu bila pegi shopping barang kita tetap nak beli untuk anak gak...biskut raya pun saya baru buat beli 2 jenis jer..kui kui kui... tengokla kalau rajin pegi carik lagi...

ntahla... bagi saya hari raya ni hari kita berkumpul sanak sedara, handai taulan... paling tak pun hari untuk kita meluangkan masa untuk anak2 bawak jalan2. banyak sebenarnya saya nak buat cuti raya ni tapi xmo cerita takut tak jadi...

okay... sekian untuk entri kali ini...ooppss sebelum terlupa nak ucap sekali lagi Selamat Hari Raya kepada semua. Jaga diri baik-baik ye, bila makan lemang ker ketupat ker baulu ker jangan lupa diri taw & last sekali jaga kesihatan anda & keluarga anda.. basuh tangan sebelum makan (huhuhu ada kaitan ker??/)

salam,

suraya arieff


Thursday, September 3, 2009

Luahan Hati Lelaki yang dibenarkan berkahwin sorang lagi!!!


Coretan ini dihantar oleh sahabatku... sapa yg blum baca silakan baca... sape yg dah baca sila baca lagi buat revision...


Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.

Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.

Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota. Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu..Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.

Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.. Mula mula kawin tentu seronok.. Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ....... lagi haru ....

Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....

Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.

Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.

Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah.
Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi.

Wallahualam.

Cerita itu & ini


salam semua... hehehe tak sampai hati nak abaikan blog ni..
sebenarnya banyak yang saya nak tulis disini tapa apakan daya kemahiran penulisan saya tidak berapa bagus ***suara yang merendah diri***

ok saya nak mulakan dengan kelahiran anak sedara ku.. baby boy pada 30hb Ogos 2009 (baby mila) nama belum diberi lagi... sekarang ni still di hospital sian baby ada kuning sket & doktor suspek ada masalah dgn jantung... hrp2 xder apa yang serius kt baby. hmmm baru jer dpt sms dari mila kata dah boleh balik... Alhamdulillah

Raisya plak dah setahun... mula nak bertatih dua tiga langkah tanpa sokongan.. Raisya lambat plak jalan dr kakak dia... Yasmin umor 11 bulan dah jalan.. tapi yang happy Raisya ni dah paham kita cakap apa dgn dia even kalau saya bagi arahan utk ambil sesuatu barang dia dah paham...& dia pandai kemas umah.. heheheh jangan ingat saya dera dia ok... dia pandai ambil tisu basah then dia lap almari, lantai even toys dia pun dia lap... huhuhu rajinkan anak saya?

Yasmin lak macam biasa dengan telatah dia.. dia sayang adik dia tapi kekadang garang... biasa kakak kena tunjuk tegas sket dgn adik ok. tahun depan or maybe lepas raya nak anta yasmin sekolah. tengokla macam maner. nak biasakan diri dia bergaul dengan orang lain. sebab dia selalu dirumah sajer tak jumpa orang lain maklum mama & ayah dia pun bukan jenis bergaul... kuikui xnakla anak pun mengikut.

Saya plak... bulan puasa ni kerja dah tak banyak kt ofis kul 5 dah bole balik sbb saya skip lunch...
baik tul bos saya kannn?? Untuk raya saya tak order pun lagi kuih raya.. nak buat sendiri? lagila ntah bila tahun... Raya ni saya kira raya yg pertama untuk Raisya sebab tahun lepas dia kecik lagi baru 2 bulan ngam2 habis pantang... saya ingat nak beli baju kurung untuk dia...harap sgt ada size untuk dia & yang penting sedondon color dgn mama & kakak

hmmm dah xtau nak tulis apa lagi... idea saya cepat kering & menghilang...
lain kali sambung lagi...
Saya harap Ramadhan ni membawa keberkatan kepada saya sekeluarga & pada semua muslimin & muslimat.
Semoga terbuka pintu rezeki & perniagaan suami saya lebih sukses.

Selamat semua.... selamat berpuasa & selamat beribadah

Wassalam,

luahan rasa: suraya arieff

Sunday, August 16, 2009

We are sisters





Sunday, August 2, 2009

Selamat Hari lahir yang pertama sayang


Photo Albums at WiddlyTinks.com




Selamat Hari Lahir sayang mama!


semoga sihat selalu & sentiasa diberkati Allah


Ayah, mama & kakak Yasmin sayang Raisya selalu

muaaks!




 

...Love of My Life... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino